top of page

"Sebuah naskhah kehidupan anak kampung yang berjaya melakukan lonjakan kuantum sehingga menjadi pemimpin anak bangsa"

WhatsApp Image 2021-02-10 at 10.47.26 AM

Upcoming Events

  • Pelancaran Buku "Lonjakan Kuantum"
    Pelancaran Buku "Lonjakan Kuantum"
    Masa akan ditentukan kelak.
    Lokasi akan ditentukan kelak.
    Masa akan ditentukan kelak.
    Lokasi akan ditentukan kelak.
    Masa akan ditentukan kelak.
    Lokasi akan ditentukan kelak.
    Jom temui penulis buku "Lonjakan Kuantum : Dari Fizik ke Politik", Dato' Dr. Abdul Latiff bin Awang.

TENTANG BUKU...

​

Abdul Latiff Awang yang dilahirkan di Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu memulakan pengembaraan mencari dan mengumpul khazanah ilmu bermula dari Sekolah Kebangsaan Pengadang Buluh sehingga ke University of Essex, England, menempuh gelombang dan ranjau demi menjana sebuah kehidupan. Ini kemudiannya disusuli perjalanan dari USM hingga ke Wisma Darul Iman dalam usaha menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Sepanjang mengharungi pengembaraan ini, secara silih berganti beliau mendaki ke puncak gelombang dan menuruni lurah hingga ke dasar. Kendati pun begitu, dengan izin Allah S.W.T jua beliau dapat mengharunginya dengan jaya sehingga sebuah lonjakan secara kuantum terserlah hasilnya.

Melalui nukilan ini, beliau merakamkan liku-liku kehidupan, kejayaan dan kegagalan yang silih berganti daripada seorang ahli akademik yang berhijrah kepada ‘ahli politik’, atau daripada seorang Dekan di Pusat Pengajian Sains Fizik USM kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu. Maka, naskah ini adalah sebagai warkah beliau menyuarakan pelbagai pandangan dan idea konstruktif terutamanya dalam bidang pentadbiran peringkat universiti dan pembangunan pendidikan di negeri Terengganu khususnya dan peringkat nasional amnya. Nukilan beliau ini memaparkan secara jelas peranan dan penglibatan beliau dalam pembangunan pendidikan, sains dan teknologi bermula dengan peringkat persekolahan sehingga kewujudan Pusat Sains & Kreativiti, TESDEC, Program Matrikulasi, TATI, Kolej Universiti Terengganu dan Universiti Darul Iman.

 

Autobiografi ini adalah satu manifestasi pengalaman dan pemikiran beliau yang sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa apa jua langkah yang diambil mestilah berpaksikan kepada perhambaan diri kepada Allah S.W.T dalam membina sebuah kehidupan yang berjaya untuk diri, keluarga dan ummah.

Antara petikan kandungan buku...

"Saya diberikan nombor telefon Pejabat Perdana
Menteri di PWTC serta dimaklumkan bahawa saya akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu jika saya menang dan BN dapat membentuk kerajaan negeri selepas PRU10 nanti. Walaupun teruja, saya percaya bahawa segala kemungkinan boleh berlaku dalam politik."

Dapatkan naskhah anda sekarang!

Untuk pembelian buku ini, sila klik pautan di bawah.

Colorful Book Spines
bottom of page